Tuesday, September 02, 2008

Trajedi Ramadan


Sekali lagi aku dikejutkan dengan berita kematian 2 orang remaja kerana terlanggar belakang lori yang berhenti di bahu jalan. Kedua-dua remaja berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan. Innalillahiwainnailaihirajiun.....

Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati.....3 bulan yang lalu rakanku Arwah Hauri telah meninggal dunia juga akibat kemalangan jalan raya. Ramai juga rakan2 ku yang lain meninggal akbibat kemalangan. Sungguh menyedihkan.
Dan yang paling sedih sekali adalah kemalangan arwah Ayah pada tahun 1973. Aku pun tidak tahu kenapakah aku asyik menulis tentang mati. Apakah aku juga akan mati. Sememangnya aku takut untuk mati kerana amalanku banyak lagi belum cukup untuk ku bawa bersama. Anak-anakku masih kecil untuk mendoakan rohku jika aku mati sekarang. Ya Allah yang tuhanku. Panjangkanlah umurku dengan kesihatan yang baik. Begitu juga seluruh ahli keluargaku. Amin-Yarabbalalamin.

0 comments:

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP