Wednesday, September 03, 2008

Kanak-kanak maut digilis jentera Bomba


Satu lagi peristiwa menyayat hati. Seorang ibu bersama anaknya kemalangan dan menyebabkan anaknya tercampak di atas jalanraya dan dilanggar oleh Jentera Bomba yang sedang lalu ketika itu. Sungguh kasihan terhadap ibu malang ini. Anak baru berusia 5 tahun sudah pergi meninggalkannya. Macamanalah si ibu menyambut kedatangan Syawal ini. Saya rasa amat simpati dan tak dapat dibayangkan betapa sedihnya hati si ibu dan keluarga yang lain.

Teladan yang dapat di ambil daripada peristiwa ini adalah kita perlu berhati-hati jika ingin membawa anak-anak kecil bersama kita. Malang memang tidak berbau. Al-Fatihah buat arwah Danial. Semuga rohnya bersemadi dengan aman di alam sana.......


Read more...

Hari Ke Empat Kak Ngah berpuasa

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 4 hari kak ngah berpuasa. So far tak ada masalah. Penuh sampai petang. Nasib baiklah petang sekarang ni selalu mendung. So taklah rasa panas dan kuranglah rasa haus. Teruskan puasa ya Kak Ngah. Nanti ayah bagi duit raye lebih sikit

Read more...

Lagu Raya

Sat tadi kedai kasut kat bawah ni pasang lagu raya. Hai....baru 4 hari puasa dah berkumandang lagu raya. Teringat zaman belajar di Itm dulu......dengar je lagu raya ni maka teringatlah kampung halaman yang dah lama x balik. Bohonglah kalau kata tak rindu. Kalau kawan2 yang x ada tikit lagi tu mulalah gelabah. Tapi aku biasanya dah ready awal. Awal puasa atau sebelum puasa lagi aku dah beli tikit raya.
Hari ini sempatlah aku menulis di blog ni. Semalam x sempat sebab banyak kerja. Bukan hari ni tak ada kerja cuma aku curi2 masa. Ahli-ahli politikpun ari ni sibuk dengan blog masing-masing so aku pun tak maulah ketinggalan. Dia orang lagi sibuk. Ketua Menteri ada, Pejuang politik ada. Dlm sibuk2 ni sempatlah jugalah aku design header baru sempena Ramadhan dan Aidil Fitri.

Read more...

Tuesday, September 02, 2008

Trajedi Ramadan


Sekali lagi aku dikejutkan dengan berita kematian 2 orang remaja kerana terlanggar belakang lori yang berhenti di bahu jalan. Kedua-dua remaja berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan. Innalillahiwainnailaihirajiun.....

Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati.....3 bulan yang lalu rakanku Arwah Hauri telah meninggal dunia juga akibat kemalangan jalan raya. Ramai juga rakan2 ku yang lain meninggal akbibat kemalangan. Sungguh menyedihkan.
Dan yang paling sedih sekali adalah kemalangan arwah Ayah pada tahun 1973. Aku pun tidak tahu kenapakah aku asyik menulis tentang mati. Apakah aku juga akan mati. Sememangnya aku takut untuk mati kerana amalanku banyak lagi belum cukup untuk ku bawa bersama. Anak-anakku masih kecil untuk mendoakan rohku jika aku mati sekarang. Ya Allah yang tuhanku. Panjangkanlah umurku dengan kesihatan yang baik. Begitu juga seluruh ahli keluargaku. Amin-Yarabbalalamin.

Read more...

Monday, September 01, 2008

Kak Ngah Berpuasa

Alhamdulillah, hari ini hari kedua Kak Ngah berpuasa. Walaupun baru berusia 7 tahun dia boleh bangun seawal pagi Subuh untuk sama-sama bersahur. Mudah-mudahan akan berterusan sehingga ke akhir Ramadhan.






Read more...

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP