Wednesday, September 03, 2008
Hari Ke Empat Kak Ngah berpuasa
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 4 hari kak ngah berpuasa. So far tak ada masalah. Penuh sampai petang. Nasib baiklah petang sekarang ni selalu mendung. So taklah rasa panas dan kuranglah rasa haus. Teruskan puasa ya Kak Ngah. Nanti ayah bagi duit raye lebih sikit
Read more...Lagu Raya
Sat tadi kedai kasut kat bawah ni pasang lagu raya. Hai....baru 4 hari puasa dah berkumandang lagu raya. Teringat zaman belajar di Itm dulu......dengar je lagu raya ni maka teringatlah kampung halaman yang dah lama x balik. Bohonglah kalau kata tak rindu. Kalau kawan2 yang x ada tikit lagi tu mulalah gelabah. Tapi aku biasanya dah ready awal. Awal puasa atau sebelum puasa lagi aku dah beli tikit raya.
Hari ini sempatlah aku menulis di blog ni. Semalam x sempat sebab banyak kerja. Bukan hari ni tak ada kerja cuma aku curi2 masa. Ahli-ahli politikpun ari ni sibuk dengan blog masing-masing so aku pun tak maulah ketinggalan. Dia orang lagi sibuk. Ketua Menteri ada, Pejuang politik ada. Dlm sibuk2 ni sempatlah jugalah aku design header baru sempena Ramadhan dan Aidil Fitri.
Tuesday, September 02, 2008
Trajedi Ramadan
Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati.....3 bulan yang lalu rakanku Arwah Hauri telah meninggal dunia juga akibat kemalangan jalan raya. Ramai juga rakan2 ku yang lain meninggal akbibat kemalangan. Sungguh menyedihkan.
Dan yang paling sedih sekali adalah kemalangan arwah Ayah pada tahun 1973. Aku pun tidak tahu kenapakah aku asyik menulis tentang mati. Apakah aku juga akan mati. Sememangnya aku takut untuk mati kerana amalanku banyak lagi belum cukup untuk ku bawa bersama. Anak-anakku masih kecil untuk mendoakan rohku jika aku mati sekarang. Ya Allah yang tuhanku. Panjangkanlah umurku dengan kesihatan yang baik. Begitu juga seluruh ahli keluargaku. Amin-Yarabbalalamin.
Monday, September 01, 2008
Kak Ngah Berpuasa
Read more...